KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) Plus menerima semula mandat rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) kelak, sekali gus menolak pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini yang ditandatangani oleh MPP dan AP mereka, parti itu berkata bahawa pihaknya tetap terbuka untuk berbincang
dengan semua pihak, termasuk Dr Mahathir, dan komited untuk menyelamatkan
Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat.
"Namun, parti itu memutuskan untuk menolak cadangan
mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan tetap setuju dengan
konsensus Pakatan Harapan untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
perdana menteri.
"Keadilan komited untuk memperkuat Pakatan Harapan (PH), dan akan
terus menggerakkan tenaga semua pihak yang mempunyai persefahaman yang sama
untuk mengembalikan mandat rakyat dalam waktu terdekat," kata parti itu dalam
kenyataan itu.
PKR juga berkata bahawa, sementara itu, mereka akan menumpukan
perhatian kepada pilihan raya jika diadakan pada saat desas-desus bahawa Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS juga sedang bersiap siaga.
"Pada waktu yang sama, Keadilan akan terus berkonsentrasi dan
bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin diadakan," dalam kenyataan itu.
MPP PKR mengadakan mesyuarat tergemparnya pagi ini setelah didorong oleh sekutu mereka untuk membuat keputusan untuk mencalonkan calon perdana menteri untuk Pembangkang bagi mencabar majoriti parlimen kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih kuasa pada bulan Februari.
- BERITA LANJUT MENYUSUL
Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: