JAKARTA: Bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi, dipenjara tujuh tahun atas kesalahan rasuah.
Jakarta Globe melaporkan bahawa mahkamah juga memerintahkannya membayar 18.15 bilion rupiah (RM5,392,800) sebagai ganti rugi.
Imam, ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dan penolong peribadinya, Miftahul Ulum, didakwa menerima rasuah bernilai 11.5 billion rupiah (RM3,425,305).
Ia bagi meluluskan pengeluaran geran untuk disalurkan kepada Jawatankuasa Sukan Negara (KONI).
Imam mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Joko Widodo atau Jokowi sebaik dinamakan dalam siasatan kes rasuah berkenaan, pada September tahun lalu.