PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mendedahkan bahawa terdapat perasaan ketidakpercayaan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon PH untuk menjadi perdana menteri lagi sekiranya gabungan itu mendapat semula kuasa.
Anwar, berkata bahawa pemimpin Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menamakannya sebagai calon perdana menteri ketika majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat baru-baru ini.
Namun, Mahathir telah menolak idea itu kerana beliau ingin bertugas sebagai perdana menteri kali ketiga. Beliau telah menjadi perdana menteri dari tahun 1981-2003 dan 2018-2020.
"Kami bergaduh dan saya menjelaskan bahawa beliau telah menjadi perdana menteri selama 24 tahun dan beliau harus memberikan jawatan itu kepada orang lain. Kami sudah berjanji,” katanya, dalam referensi jelas kepada perjanjian PH sebelum pilihan raya umum 2018, bahawa Mahathir akan menyerahkan tampuk pentadbiran setelah tempoh yang tidak ditentukan.
"Semuanya dibincangkan tetapi beliau masa berkeras," kata Anwar semasa sesi Facebook Live.
Beliau melahirkan rasa ketidakpercayaan ketika syarat ditetapkan, sekiranya Mahathir dinamakan sebagai calon. Syarat menetapkan bahawa Mahathir akan memimpin selama enam bulan mungkin bermaksud ada kecurigaan, katanya.
"Berdasarkan pengalaman kami, kami tidak dapat mempercayai (beliau) 100%."
Penjelasan Anwar berlaku beberapa hari selepas majlis kepimpinan pusat PKR berkata parti itu tidak akan menyokong Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.
Parti itu mengatakan akan berpegang pada konsensus PH untuk Anwar menjadi calon pakatan itu sekiranya pembangkang kembali berkuasa.
Anwar terus berkata bahawa beliau tidak dapat menerima cadangan Mahathir untuk dilantik semula ke jawatan itu kerana beliau tidak yakin itu akan menjadi kepentingan negara, sambil menambah bahawa enam bulan adalah masa yang terlalu pendek untuk mengatasi cabaran ekonomi dalam pasca-Covid -19.
Tidak mempunyai waktu yang cukup untuk melakukan reformasi institusi seperti badan kehakiman dan menjalankan program anti-rasuah.
Anwar berkata bahawa beliau akan berada dalam kedudukan yang sukar sekiranya dia menjadi timbalan Mahathir.
“Saya bergurau dengan rakan sekutu dari PH. Berapa lama saya mesti menderita? Cukuplah," jelas Anwar.
Katanya, Mahathir belum mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
"Tetapi mereka percaya bahawa beliau dapat memperoleh majoriti tersebut. Itu hanya pendapat,” kata Anwar.
Beliau berkata PH tetap kuat walaupun terdapat perbezaan baru-baru ini.
"DAP dan Amanah tidak berusaha melemahkan PH," katanya.
DAP dan Amanah baru-baru ini mendesak PKR untuk kembali ke konsensus PH untuk mencalonkan Mahathir sebagai calon tunggal untuk menjadi perdana menteri, yang mereka katakan adalah pilihan kedua yang dipersetujui dalam mesyuarat PH pada 30 Mei yang dipengerusikan oleh Anwar sendiri.
Kenyataan mereka tidak menyenangkan hati pihak PKR, dengan seorang pemimpin dari Selangor mendesak parti itu untuk membuang DAP dan Amanah.