📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

"Ini mesti kerja kerajaan," dakwa Syed Saddiq

Bekas ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bahawa beliau disoal siasat mengenai komennya dalam temubual dengan Al Jazeera empat bulan lalu.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana polis menyiasatnya atas akta hasutan dan berkongsi kandungan yang menyinggung serta mengancam berkaitan dengan temubual dilakukannya dengan Al-Jazeera pada bulan Mac.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi ini mesti kerja kerajaan ini. Temubual itu disiarkan empat bulan yang lalu. "

Syed Saddiq berkata semasa siasatan oleh polis di Bukit Aman, beliau ditunjukkan dua rakaman dari temubual itu.

“Yang pertama menunjukkan kepada saya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak setuju untuk menjatuhkan kerajaan PH dengan kerajaan yang berkaitan dengan kleptokrasi.

"Yang kedua menunjukkan Mehdi Hassan dari Al-Jazeera bertanya kepada saya mengenai apa yang dipanggil rampasan kuasa kerajaan dalam melantik perdana menteri baru. Namun, saya menolak tuduhan ini,” tambahnya.

Sebelumnya, dalam tweetnya, Syed Saddiq mengatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh pegawai Bukit Aman bahawa beliau disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam temubual 6 Mac dengan Al-Jazeera, Syed Saddiq, bekas ketua Armada PPBM, berbicara tentang kekecewaannya dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengkhianati prinsip-prinsip pendirian parti dengan bekerjasama dengan "kleptokrat".

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: