📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Malaysiakini sedang disiasat, berdepan tuduhan hina mahkamah kerana komen pembaca

Malaysiakini sedang disiasat atas komen pembaca yang disiarkan di laman webnya yang dituduh menghina reputasi badan kehakiman, lapor portal itu.

KUALA LUMPURMalaysiakini sedang disiasat atas komen pembaca yang disiarkan di laman webnya yang dituduh menghina reputasi badan kehakiman, lapor portal itu.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memfailkan satu permohonan ex-parte. Ini bertujuan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap portal berita tempatan itu termasuk ketua editornya, Steven Gan.

Dalam afidavitnya, Idrus menjelaskan permohonan untuk prosiding komital itu berkaitan komen dalam artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1”.

Permohonan itu dijadualkan akan diperdengarkan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok.

Menurut Idrus, beliau mengetengahkan lima komen yang dirujuk dengan jelas membawa maksud bahan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

Tinjauan kami mendapati artikel berkenaan menerima sejumlah 12 komen pembaca sejak disiarkan minggu lalu.

Bagaimanapun, lima komen dikaitkan dengan perbuatan menghina mahkamah dipercayai telah dipadamoleh pihak pentadbiran laman sosial Facebook rasmi Malaysiakini.