Adakah GPS akan terus kekal bersama-sama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional?
Inilah spekulasi yang sedang hangat di pasaran politik.
Spekulasi itu berlaku di sebalik dakwaan bahawa PH ingin kembali berkuasa dengan dakwaan bahawa ia sudah mempunyai cukup jumlah ahli parlimen.
Bagi setiausaha agung GPS, gabungan empat parti yang terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP itu tidak akan berganjak.
“Bagi GPS kami teguh bersama-sama Muhyiddin,” kata Alexander Nanta Linggi seperti dilapor Malaysiakini sebentar tadi sambil menegaskan GPS ingin melihat kerajaan yang stabil.
Maksudnya, GPS akan terus menyokong Perdana Menteri bagi meneruskan pemerintahannya.
Sokongan GPS terhadap Muhyiddin memungkinkan beliau menjadi Perdana Menteri dan penubuhan PN.
PN ditubuhkan selepas PH tumbang Februari lalu susulan peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tindakan Bersatu keluar daripada PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
Bagi ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula yang dipetik portal yang sama, khabar angin bahawa akan berlaku perubahan dalam kerajaan persekutuan hanyalah ‘kegilaan untuk merampas kuasa.’