PUTRAJAYA: Hanya ahli parlimen, kakitangan parlimen dan pengamal media yang bergejala sahaja yang akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan untuk menghadiri sidang Parlimen yang akan datang iaitu pada 13 Julai kelak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang diamalkan institusi lain, Parlimen hanya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), dengan ujian 'swab' tidak diwajibkan.
"Namun, SOP seperti pemeriksaan suhu, penggunaan pelitup muka, dan cuci tangan, akan dilakukan.
"Kita hanya laksanakan ujian 'swab' jika ada gejala," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini.
Semasa sidang parlimen 18 Mei lalu, semua ahli Parlimen, kakitangan parlimen dan wartawan telah melakukan ujian saringan sebelum mereka dibenarkan menghadiri sidang tersebut.
Sidang parlimen akan datang dijadualkan selama 25 hari dari 13 Julai hingga 27 Ogos.