KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang dilapor hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan berada di rumah bapanya.

Ketua Polis Wangsa Maju, Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan tidak hilang tetapi diambil bapanya pada hari kejadian.

Ekoran itu, datuknya membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu di Balai Polis Setapak semalam setelah mendapati cucunya tidak pulang ke rumah.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ha Yi Jack itu tinggal bersama datuknya di Setapak di sini sejak 6 bulan lepas berikutan ibu bapanya dikatakan dalam proses perceraian dan tinggal berasingan.