📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

UMNO sedia terima bekas ahli, kata Annuar Musa

"Kita sangat alu-alukan. Ini jujur dan serius," kata Annuar.

KETEREH: UMNO mengalu-alukan bekas ahli mereka kembali kepada parti itu termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri serta timbalan menteri.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya alu-alukan kepada semua kerana semuanya dari Umno dan tidak salah untuk mereka kembali.

"Kita sangat alu-alukan. Ini jujur dan serius," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan bantuan Aidilfitiri kepada imam dan bilal di Ketereh di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang juga adik Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menyertai semula Umno selepas lebih 23 bulan menjadi ADUN Bebas apabila keluar parti itu sejak 2018.