📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Mirzan Mahathir disingkir dari syarikat Singapura


SINGAPURA: Mirzan Mahathir telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi syarikat Singapura, SBI Offshore. Penyingkiran itu dilakukan oleh pemegang saham SBI Offshore di dalam undian mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, semalam.

Mirzan yang juga anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hanya mendapat 29.95% undi sokongan manakala 70.05% yang lain menolak pelantikan semula beliau.

Menurut The Edge Singapore, Mirzan menjadi pemegang saham utama SBI Offshore pada September 2014 selepas mengambil alih 10.8 peratus kepentingan di dalam syarikat menerusi penempatan persendirian pada harga 26.05 sen sesaham.

Pada mesyuarat agung tahunan (AGM) semalam, seorang lagi pengarah syarikat, James Kho Chung Wah, telah dilantik semula.