NORWICH: Ole Gunnar Solskjaer percaya kekuatan Manchester United (MU) yang mendalam adalah amat penting dalam usaha mereka untuk memenangi Piala FA selepas mereka mara ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan 2-1 ke atas Norwich yang bermain dengan 10 orang kelmarin.
Pasukan Solskjaer terpaksa bekerja keras untuk tempat mereka pada peringkat separuh akhir apabila Harry Maguire memenanginya lewat dalam masa tambahan di Carrow Road.
Jaringan pembukaan Odion Ighalo diikat oleh pemain Norwich Todd Cantwell, tetapi pemain pertahanan pasukan The Canaries Timm Klose telah dibuang dari padang kerana menjatuhkan Ighalo pada minit ke-89.
MU perlahan-lahan meletihkan Norwich dan Maguire, pemain pertahanan England, bertindak untuk melanjutkan siri tanpa kalah mereka kepada 14 perlawanan dalam semua pertandingan.
MU, yang memenangi Piala FA mereka yang ke-12 dan terakhir pada 2016, masih di landasan untuk mara ke final buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
“Saya gembira untuk mara ke peringkat separuh akhir. Kebanyakan pemain ini tidak bermain dalam perlawanan terakhir dan sekarang ada 90 atau 120 minit dalam kaki mereka,” kata Solskjaer.
“Kami membuat banyak perubahan, jadi saya tidak memudahkan keadaan bagi para pemain. Perlawanan itu bukan pertunjukan paling hebat tetapi saya rasa kami mengawal bola dengan baik.
“Ia adalah hebat untuk memiliki pilihan menggilirkan pemain. Anthony Martial dimasukkan dan bermain dengan cemerlang, tetapi Odion Ighalo memberi peluang kepada saya untuk menggilirkan pemain.
“Dia adalah penjaring gol yang terbukti dan memainkan peranannya dalam kedua-dua gol.”
Tepat 114 hari selepas MU menang di Derby pada pusingan klima pada 5 Mac lalu, Piala FA bersambung semula selepas penangguhan akibat COVID-19 dengan perlawanan pertama pertandingan pada Jun.
Norwich bermain dalam perlawanan suku akhir Piala FA pertama mereka sejak 1992, tetapi pengurus pasukan The Canaries Daniel Farke telah melemahkan semangat apabila dia menegaskan mereka tidak ada peluang untuk memenangi pertandingan itu.
Walaupun Farke bersikap pesimis, Norwich hampir menyamakan kedudukan tetapi Ben Godfrey berjaya menangkap bola tandukan Alexander Tettey dari tendangan percuma Emiliano Buendia.
Norwich terus menekan dan menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila rembatan Cantwell sejauh 20 ela tidak dapat dicapai oleh penjaga gol MU yang lambat bertindak, Sergio Romero.
Tiba-tiba dalam keadaan bangkit, Norwich hampir memenanginya pada minit akhir apabila Buendia melakukan rembatan yang melepasi tiang jauh.
Tetapi dengan perlawanan yang seperti akan diheret ke masa tambahan, kuisan cantik Fernandes menjumpai Ighalo di tepi kawasan penalti dan respons panik Klose, yang menjatuhkan pemain Nigeria itu, memaksa kad merah dilayangkan oleh pengadil Jonathan Moss.
Krul menyelamatkan beberapa jaringan yang cantik dari pemaon gantian MU Paul Pogba dan Mason Greenwood pada peringkat akhir perlawanan yang rancak.
Dengan lima pemain gantian yang dibenarkan sejak sekatan pergerakan dan satu tambahan lagi diberikan kepada pasukan yang bermain dalam masa tambahan dalam Piala FA, MU menjadi pasukan Inggeris pertama untuk membuat enam perubahan dalam perlawanan yang sama apabila Anthony Martial menggantikan tempat Eric Bailly.
MU mendominasi masa tambahan dan jaringan Marcus Rashford telah ditolak ke atas oleh Krul, yang bertindak jauh lebih cemerlang untuk menyekat tandukan Maguire.
Maguire enggan dinafikan dan pada minit ke-118, tekanan MU akhirnya meninggalkan kesan apabila pemain pertahanan England itu menolak bola ke dalam gawang dari jarak dekat selepas menerima umpanan Ighalo. — AFP