KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Undangan (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipercayai menjadi dalang utama kes culik seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini, Sabtu lepas.
Sumber memaklumkan, dalang utama itu pernah bertanding untuk jawatan timbalan presiden pemilihan sebuah parti politik namun dilaporkan menarik diri pada saat akhir.
Motif penculikan juga dipercayai kerana mahukan mangsa memulangkan semula wang yang dilaburkan untuk satu projek perumahan yang tidak dilaksanakan.
Jumaat lepas, dalang utama itu yang berusia 59 tahun itu juga dilaporkan telah ditahan pihak polis di rumahnya dekat Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Dalang yang dimaksudkan telah disebutkan mempunyai 2 kreteria iaitu pernah menjadi calon DUN Selangor pada PRU13 dan pernah bertanding untuk jawatan timbalan presiden pemilihan sebuah parti politik namun dilaporkan menarik diri pada saat akhir.
Menurut hantaran yang dibuat oleh bekas ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, individu yang menepati kriteria yang dimaksudkan ialah Datuk Ramachandran a/l Kandasamy.
RUJUKAN: Batang Kali (P94-N7)
Untuk rekod, beliau pernah menjadi calon mewakili PKR bertanding di DUN Batang Kali, Selangor namun kalah di tangan Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
Ramachandran juga juga pernah bertanding untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan tahun 2014 namun menarik diri di saat akhir yang akhirnya menyebabkan beliau kehilangan wang deposit pencalonan RM5,000.