KUALA LUMPUR: Mayat seorang ahli perniagaan yang bergelar "Datuk Seri" yang dipercayai diculik pada 10 Jun lalu, dijumpai dalam kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini, hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, mayat lelaki tersebut yang berusia 55 tahun ditemui kira-kira jam 9 pagi tadi.
"Mangsa dipercayai diculik ketika sedang berjoging di taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, 10 Jun lalu," menurut satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.