JELEBU : Cabang Jelebu Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir lumpuh apabila 40 aHli termasuk jawatankuasa cabang meninggalkan parti itu mulai hari ini.
Mengetuai kumpulan itu, ialah ketua AMK Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus yang berkata langkah itu dibuat setelah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.
Turut keluar parti bersama Mohd Faizal Fadli ialah naib ketua cabang dan ahli jawatankuasa cawangan, naib ketua pemuda cabang, setiausaha dan jawatankuasa serta naib ketua, jawatankuasa dan ahli sayap cabang wanita.
"Perkara itu tercetus disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kegagalan presiden untuk mendamaikan dua blok setelah pemilihan parti dan krisis kepimpinan yang berpanjangan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Turut mengundurkan diri dari parti itu ialah ketua Srikandi Negeri Sembilan (sayap wanita muda) Ismaliza Ismail selain wakil ketua cabang Jelebu, Tang Jay Soon yang meninggalkan parti pada 15 Mei.
Sehubungan itu, Mohd Faizal Fadli berkata mereka juga menyatakan sokongan penuhnya kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan digerakkan melalui platform baru yang disebut Pengerak Komuniti Negara (PKN), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO).