📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

ADUN Sugut, Kuala Penyu keluar UPKO, sokong Muhyiddin

ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury ketika ditemui pada sidang media di Jalan Pintas, Penampang, tengah hari ini.

PENAMPANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury mengumumkan keluar Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan kerajaan negeri Parti WARISAN Sabah. Mereka turut meletakkan kesemua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa hari ini.

Mereka turut mengumumkan tidak akan menyertai mana-mana parti dan hanya bertindak sebagai wakil rakyat bebas yang 'mesra' Perikatan Nasional (PN). Mereka turut menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat persekutuan.

Mereka berkata keputusan tersebut dibuat kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui Presiden, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka turut yakin tindakan keluar parti itu juga akan disusuli dengan lebih ramai lagi yang dijangka mengambil keputusan sama selepas ini.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus pada Isnin.