📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Agong ketepi protokol, nikmati roti tempayan di Pekan


PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengetepikan protokol apabila baginda ingin menikmati roti tempayan atau roti naan di sebuah kedai tempatan di sini, semalam.

Baginda yang terkenal dengan sifat merendah diri, singgah ke kedai itu apabila dalam perjalanan ke Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi.

Tiga gambar baginda, berpakaian kemeja hijau dan seluar hitam, menikmati juadah bersendirian, dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara (@istana_negara) pada petang hari Isnin (15 Jun).

Sikap baginda itu mendapat reaksi positif dari pengguna media sosial yang memberi pujian kepada baginda, memuji kesetiaan dan kesopanan baginda.

Di Instagram, siaran itu memperoleh lebih daripada 38,000 likes dalam beberapa jam.

Seorang pengguna akaun @janetteyip menulis: "Berharap saya ada di sana untuk bertemu dan membayar makan tengah hari sebagai tanda penghargaan kerana menjadi YDPA (Yang di-Pertuan Agong) yang prihatin terhadap kami rakyat".