![]() |
"Ingat, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya perdana menteri ketika itu (Mahathir) tidak mengundurkan diri tanpa berunding dengan PH," kata ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. |
JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi memberikan sokongan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) kerana mereka telah kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinannya.
Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, beliau yakin pendirian itu mewakili akar umbi PKR dan penyokong PH.
"Ingat, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya perdana menteri ketika itu (Mahathir) tidak mengundurkan diri tanpa berunding dengan PH," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya hari ini.
Kenyataannya dibuat setelah setiausaha organisasi DAP Anthony Loke mendesak PKR supaya menyatakan sokongannya terhadap Mahathir sebagai calon perdana menteri PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon timbalan perdana menteri.
Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam satu kenyataan hari ini menyatakan pendirian parti mengenai perkara itu akan diselesaikan dalam mesyuarat bulanan yang dijadualkan esok.
Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: