📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

"Berita UMNO isytihar keluar PN adalah palsu dan fitnah", - Tok Mat


KUALA LUMPUR: Sejak semalam tular keratan gambar sebuah artikel yang mengatakan UMNO isytihar keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Keratan itu juga menyatakan keputusan itu dibuat setelah semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat pada hari semalam.

Susulan itu, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

"Semalam tak ada mesyuarat MT pun, saya dan keluarga ada di kampung Rantau."

"Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin UMNO", ujar beliau di siaran Facebooknya.