📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: 16 kes baru, 10 pulih, tiada kematian


PUTRAJAYA: Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal sebanyak 121 orang.

Dalam perkembangan sama, 16 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,572 orang sehingga kini.

“Daripada 16 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

"Daripada 13 kes penularan dalam negara, 9 kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala hanya 4 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketika ini, seramai 295 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 3 kes dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 10 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,156 orang sehingga kini.