📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: Lebih 50,000 kematian di Brazil, negara kedua paling terjejas


RIO DE JANEIRO: Pada Ahad lepas Brazil telah menyenaraikan lebih 50,000 kematian akibat wabak Covid-19 termasuk kira-kira sejuta jangkitan, sebagai negara kedua paling terjejas di dunia ketika berusaha untuk mengawal penyakit.

Kementerian Kesihatan melaporkan 641 kematian baharu sejak tempoh 24  jam lepas, menjadikan angka sehingga 50,617, dengan 1,085,038 jangkitan yang telah direkodkan.

Brazil  merupakan negara kedua paling terjejas di belakang Amerika Syarikat, yang berjumlah hampir 120,000 kematian dan lebih dari 2.2 juta kes.

Presiden Jair Bolsonaro, yang menjadi terkenal kerana membandingkan virus dengan “selesema ringan,” telah bertelagah dengan pihak berkuasa negeri dan tempatan mengenai penggunaan mereka terhadap  langkah-langkah duduk di rumah dan penutupan perniagaan bagi mengawal wabak.

Pemimpin haluan kanan itu mempertikaikan  impak ekonomi terhadap langkah –langkah sebegitu memberikan kesan lebih teruk berbanding dengan virus itu sendiri.

Penyebaran Covid-19 telah meningkat di Amerika Latin , dengan Mexico, Peru dan Chile antara yang paling teruk terjejas.

Mexico telah merekodkan 170,000 kes dan 20,349 kematian.

Peru telah melepasi 8,000 kematian kelmarin ketika ia bersedia untuk membuka semula pusat membeli-belahnya pada selama selepas pengurungan selama 99 hari.

Kelmarin Argentina  telah melepasi 1,000 kematian, mengatasi tahap teruk wilayah tersebut.

Sementara Chile hampir menggandakan angka kematian koronavirus  yang dilaporkan pada Sabtu lepas kepada 7,144  di bawah satu cara pengiraan baharu yang termasuk kebarangkalian kematian akibat Covid-19.

Para pakar menyatakan kekurangan saringan bermakna jumlah sebenar adalah kemungkinan jauh lebih tinggi. — AFP