KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat menyindir DAP untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Umum mengetahui DAP
membuat keputusan iaitu mahukan Dr Mahathir menjadi calon jawatan
Perdana Menteri kesembilan namun PKR menolak cadangan itu hari ini dan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon.
"Memandangkan DAP masih tegas untuk
sokong PM7 jadi calon Perdana Menteri tetapi PKR kini
sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden
partinya.
"Dengan ini DAP boleh calonkan
pemimpin parti sendiri jadi Perdana Menteri," tulis Najib di Facebook.
Walaupun PKR menolak cadangan Mahathir menjadi calon PM, parti itu tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak
termasuk Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat
rakyat ke tempatnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Akan tetapi dengan satu syarat iaitu mesti kekal
dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri.
Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu parti itu sudah membuat keputusan untuk menyokong Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH Plus manakala Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.