KUDAT: Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan Kudat, Sabah, pada jam 9.58 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pusat gegaran terletak pada koordinat 6.92 darjah utara dan 116.37 darjah timur dengan kedalaman 629 kilometer (km), kira-kira 47 km barat Kudat.
Namun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.