📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Hamid akui gagal bawa pulang Jho Low, misi pencarian masih diteruskan


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata bahawa pihak mereka tidak akan berputus asa untuk memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, usaha polis tidak pernah terhenti walaupun gagal membawa pulang ahli perniagaan kontroversi itu sebelum penghujung tahun lalu seperti yang dijanjikan tetapi.

“Saya mengakuinya...saya gagal tetapi itu tidak bermaksud saya telah berhenti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui lokasi persembunyian Jho Low. Walau bagaimanapun, menurut Hamid, terdapat kekangan tertentu yang menghalang untuk membawanya kembali ke tanah air.

“Sebelum ini, ada laporan sebuah agensi berita luar negara yang mendakwa ahli perniagaan itu berada di Kuwait tetapi hasil semakan mendapati beliau pernah berada di negara itu pada 2016. Jika dia berani, dia harus keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Pada Mei 2019, Hamid memberitahu bahawa pihaknya sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang didakwa terlibat dengan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jho Low dituduh sebagai dalang transaksi wang haram yang disalurkan dari syarikat pelaburan negara itu.