Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah banyak tampil di untuk membuat sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang ahli politik kanan yang kini berada di barisan kerajaan yang lebih tinggi, beliau telah berkecimpung dalam politik selama lebih dari 20 tahun dengan peranan terkininya iaitu sebahagian daripada kabinet kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960, beliau mendapat pendidikan awal di negeri itu sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya.
Beliau juga merupakan bapa kepada empat orang anak termasuk Dafi, seorang bekas peserta Akademi Fantasia, sebuah siri televisyen realiti pada pertengahan tahun 2000-an.
Sebelum melibatkan diri dalam politik, beliau merupakan seorang peguam dan pernah memegang jawatan Pengarah Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.
Tugas pertamanya sebagai Menteri Kabinet bermula pada tahun 2008 di mana beliau adalah Menteri Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ismail kemudian menjawat pelbagai portfolio untuk beberapa kali sehingga 2018 termasuk menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (2009-2013), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2015-2018).
Beliau pernah terlibat dengan sedikit kontroversi pada masa dahulu dengan penubuhan MARA Digital Mall, yang merupakan alternatif dan pesaing Low Yat Plaza setelah kejadian yang menjadi tular pada masa itu.
Ismail kembali ke Kabinet sebagai sebahagian daripada gabungan baru, Perikatan Nasional antara Parti Bersatu Bumiputera Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Barisan Nasional.
Beliau ialah salah seorang daripada empat Menteri Kanan yang dilantik bersama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan).
Setelah pandemik Covid-19 memasuki negara, beliau menjadi salah satu jurucakap utama kerajaan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai Menteri Pertahanan, beliau memberikan kemaskini keselamatan setiap hari semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lebih-lebih lagi apabila beliau mengenakan baju batik ketika membuat sidang media yang menjadi bualan netizen sehingga ianya disamakan dengan makanan.
Beliau juga diberikan gelaran "Pak Long Mail" bersama dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Abah), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Pak Ngah Sham) dan Menteri Kewangan, Dato Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Pak Chu Zafrul).