📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Kes Covid-19 global lepasi angka 9 juta

KONGSI: Facebook | Twitter | WhatsApp | Google+ | Telegram


NEW YORK: Kes jangkitan koronavirus (Covid-19) global telah melepasi angka 9 juta dan merekodkan angka kematian lebih 471,849 hari ini selepas kebanyakan negara kini mula melonggarkan sekatan dan menjalani kehidupan normal baharu walaupun masih berdepan ancaman pandemik tersebut.

Ia menyaksikan peningkatan mendadak dan membimbangkan dalam tempoh hampir tiga bulan selepas kes jangkitan mencecah sejuta pada awal April lalu.

Semalam, negara Amerika Latin dan Caribbean merekodkan 87,851 kematian dan separuh daripadanya dicatatkan di Brazil yang merupakan jumlah korban kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Ketika ini, Mexico berada di tangga kedua angka kematian tertinggi di Amerika Latin dengan lebih 21,800 kematian.

Sementara itu, Peru pula merekodkan lebih 8,000 kematian manakala Chile yang menyaksikan lonjakan kes sejak beberapa minggu lalu hingga memaksa tempoh perintah darurat dilanjutkan kepada tiga bulan mencatatkan hampir 247,000 kes jangkitan dan 4,502 kematian.

Selain itu, kes jangkitan juga dilaporkan meningkat di India dan Pakistan yang berdepan kekurangan peralatan perubatan hingga memaksa Islamabad mengenakan semula langkah perintah berkurung di beberapa kawasan sejurus kerajaan persekutuan mengumumkan kes jangkitan di negara itu dijangka meningkat lapan kali ganda mencecah 1.2 juta menjelang akhir Julai depan.

Klik sini untuk perkembangan terkini situasi Covid-19 di Malaysia.