JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampiri angka 10 juta setakat petang Sabtu.
Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan kira-kira 200,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.46 juta kes.
Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.27 juta kes.
![]() | |
Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan kira-kira 200,000 kes dalam tempoh 24 jam. |
Jangkitan di Rusia pula melepasi 619,000 kes.
Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 500,000 kes dan United Kingdom (UK) dengan 310,000 kes.
Enam lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile, Iran dan Mexico.