📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Pasangan Indonesia yang melarikan diri setelah positif Covid-19 di Sarawak ditemui

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu, yang merupakan suami isteri, ditemui di kawasan perumahan baru berhampiran Jalan Matang Baru kira-kira jam 11.15 malam tadi. - foto Bernama

KUCHING: Dua warganegara Indonesia yang dilaporkan melarikan diri setelah didapati positif Covid-19 semalam ditemui dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu, yang merupakan pasangan suami isteri, ditemui di kawasan perumahan baru berhampiran Jalan Matang Baru kira-kira jam 11.15 malam tadi.

"Kedua-duanya telah dibawa oleh pegawai Kementerian Kesihatan ke hospital untuk tindakan dan rawatan lebih lanjut," katanya kepada media melalui WhatsApp pagi ini.

Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) dalam satu kenyataan berkata bahawa pasangan itu melarikan diri setelah diuji positif Covid-19 dalam pemeriksaan kesihatan mandatori untuk permohonan permit kerja di Sarawak.

Mereka dipercayai melarikan diri ketika jawatankuasa melakukan pengesanan kontak rapat dan menyiasat punca jangkitan.