📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

"Penat jadi wakil rakyat tetapi selalu difitnah," kata Hannah Yeoh


KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh sudah berasa muak dengan sikap sesetengah rakyat yang sering memberi tanggapan negatif dan buruk terhadap tugasnya sebagai wakil rakyat.

Hannah, yang juga bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau hanya mahu berkhidmat untuk rakyat, tetapi sering dituduh mengganggu sensitiviti masyarakat negara ini.

“Tahukah anda betapa penatnya perjalanan saya sebagai wakil rakyat yang hanya mahu berkhidmat dan membuat yang terbaik untuk kanak-kanak, wanita, keluarga tetapi selalu difitnah oleh pelbagai pihak?

“Hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui,” catatnya dalam siaran Twitter beliau.

Hannah memberi reaksi itu selepas seorang bekas peguam kanan persekutuan yang mendakwa Hannah cuba menyentuh bidang kuasa raja-raja berhubung isu perkahwinan bawah umur.