📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Pindaan akta berhubung pemandu mabuk ke kabinet 2 minggu lagi - Takiyuddin


KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dijangka dibawa ke kabinet dua minggu lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata walaupun akta itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, pihaknya turut terlibat dalam penggubalan pindaan berkenaan.

"Perkara itu kini sudah berada di peringkat akhir perbincangan sebelum dibawa ke kabinet selewat-lewatnya dua minggu lagi.

"Apa yang penting, kita mencari suatu pendekatan berkesan bukan sahaja mahu menyelesaikan masalah kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk.

"Sebaliknya ia ke arah membendung kesalahan memandu ketika mabuk walaupun tidak terbabit dalam kemalangan. Ini langkah perlindungan kita," katanya.