📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

PKR pecat ketua wanita Sabah, beri amaran kepada Tian Chua


KUALA LUMPUR: PKR telah memecat ketua wanita Sabah, Rahimah Majid dan memberi amaran kepada naib presiden Tian Chua, dalam satu kenyataan pagi ini oleh lembaga disiplin parti.

Ini berikutan berita pemecatan empat orang pemimpin PKR semalam - ketua sayap wanita Haniza Talha, 2 ADUN Pulau Pinang Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim, dan ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria - yang juga disahkan lembaga disipilin.

Pemecatan mereka kemungkinan besar berkaitan dengan hubungan mereka dengan ahli politik dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional.

Selain Tian Chua, pengerusi lembaga Ahmad Kassim berkata, pihak lembaga itu juga telah memberi amaran kepada pengarah komunikasi wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Sementara itu, Ahmad Raj Abdullah diberhentikan keahliannya kerana menyerang Tian Chua pada Mac lalu oleh sekumpulan penyokong yang marah ketika beliau meninggalkan mesyuarat majlis kepimpinan pusat PKR pada 1 Mac.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu menampar dan melemparkan botol air ke arah Tian Chua.

Tian Chua, bersama dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Afif dan ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri juga diganggu ketika meninggalkan ibu pejabat PKR dan bergegas memasuki kereta mereka.

Kumpulan itu mungkin bersekutu dengan timbalan presiden parti yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan bekas parti pembangkang untuk membentuk gabungan baru.