📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Polis buru lelaki pandu kereta di laluan motosikal lebuhraya Persekutuan


KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang memandu kereta di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

“Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan dan siasatan lanjut akan diambil berhubung kejadian tersebut,” menurut satu kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dipandu seorang lelaki memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan.

Beberapa penunggang motosikal berdekatan dilihat mengarahkan pemandu kenderaan terbabit supaya keluar daripada laluan tersebut kerana membahayakan mereka.