Sharim, 41, pernah menjadi pegawai kepada Datuk Seri Abu Bakar Harun yang juga ADUN Chini sebelum kematiannya. Beliau juga merupakan pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan, Pahang. |
PEKAN: Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Pekan, Mohd Sharim Md Zain sah dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Chini, Pahang.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Pahang yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, di sini, petang tadi.
Sharim, 41, pernah menjadi pegawai kepada Datuk Seri Abu Bakar Harun yang juga ADUN Chini sebelum kematiannya. Beliau juga merupakan pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan, Pahang.
Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 20 Jun ini manakala hari pengundian jatuh pada 4 Julai.
Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: