📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Rembau satu-satunya zon merah yang tinggal


KUALA LUMPUR: Rembau, Negeri Sembilan kini merupakan satu-satunya zon merah di negara ini, dengan infografik kementerian kesihatan menunjukkan 44 kes masih aktif dan sedang dirawat di daerah ini.

Zon merah adalah daerah di mana mencatatkan lebih daripada 40 kes Covid-19.

Negeri Sembilan mempunyai jumlah kes aktif tertinggi iaitu 49, diikuti oleh Selangor (30) dan Kuala Lumpur (29).

Sementara itu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kedah dan Kelantan dikategorikan sebagai negeri hijau tanpa kes aktif yang direkodkan.

Sehingga kini, sebanyak 8,572 kes Covid-19 telah dicatatkan di negara ini. Sebanyak 8,156 orang telah pulih manakala 295 masih dirawat.

Angka kematian kekal pada 121.

               KLIK SINI UNTUK DATA TERKINI SITUASI COVID-19 DI MALAYSIA