📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

SPM bermula pada 6 Jan hingga 9 Feb 2021


PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar Tingkatan 5 akan bermula pada 6 Januari dan berakhir pada 9 Februari 2021.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan mengumumkan tarikh baru untuk peperiksaan itu, yang pada asalnya dijadualkan pada 16 November hingga 7 Disember 2020.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan peperiksaan kerana penutupan sekolah berikutan wabak Covid-19.