📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Syed Saddiq dipanggil Bukit Aman berhubung temubual Al-Jazeera

"Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya dengan Mehdi Hasan. Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” kata Syed Saddiq.

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bahawa beliau telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk disoal siasat mengenai temubual dalam program Al-Jazeera pada 6 Mac.

Ahli Parlimen Muar dan bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata bahawa beliau dimaklumkan bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya dengan Mehdi Hasan (dari Al-Jazeera).

"Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” katanya.

Pada 8 Mac, Syed Saddiq muncul di program UpFront, di mana beliau menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa mengkhianati prinsip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan memilih untuk berpihak pada "kleptokrat".

Sementara itu, seorang lagi bekas menteri Pakatan Harapan, Hannah Yeoh, juga disiasat kerana hasutan berhubung tweet mengenai perkahwinan bawah umur.

Ahli Parlimen Segambut dan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu dijangka disoal siasat oleh Bukit Aman pada 23 Jun.

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: