📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Tak mustahil jika Sabah ikut jejak Kedah


KOTA KINABALU: Pertukaran kerajaan negeri Kedah baru-baru ini tidak mustahil boleh berlaku di negeri bawah bayu, Sabah. Ramalan ini mengambil kira situasi politik semasa negeri itu.

Pagi tadi,  dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO — ADUN Sugut dan ADUN Kuala Penyu — umum keluar parti dan menyokong kerajaan persekutuan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semakin banyak spekulasi mengatakan akan ada lagi ADUN yang akan keluar parti dalam tempoh beberapa hari ini.

Beberapa hari yang lalu, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah dibebaskan daripada 46 pertuduhan mahkamah. Berikutan itu, UMNO Sabah menjangkakan senario politik negeri itu akan berubah selepas senario itu.

Menurut Pengerusi UMNO Sabah, Dato' Sri Bung Moktar Radin, berkata selaras dengan itu juga beberapa kemungkin di luar jangka akan berlaku dalam masa terdekat ini.

"UMNO Sabah mengalu-alukan kemenangan Musa Aman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Tetapi terlalu awal untuk membicarakan tentang penglibatan beliau secara aktif dalam UMNO Sabah dan saya akan cuba bertemu dengan beliau bagi tujuan perbincangan secara mendalam.

"Melihat landskap politik semasa di Sabah, mungkin ada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku," katanya.

Ketika ditanya sama ada "kemungkinan" perubahan landskap politik akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri Sabah, atau tidak, Bung berkata, kemungkinan itu sukar untuk diramal dan apa saja boleh berlaku.

"Berbagai kemungkinan yang sukar diramal boleh berlaku," katanya.