WASHINGTON: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi tiga juta pada pagi Khamis mencecah 3,054,650, memetik data Johns Hopkins University.
Menurut data itu lagi, angka korban juga terus meningkat kepada 132,298.
New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 402,338 kes dan 32,219 kematian.
New Jersey, Illinois, Arizona, Massachusetts dan Georgia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.
Sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes COVID-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd dan juga kempen pilihan raya Presiden AS, Donald Trump.
