📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: Kes positif di Indonesia lepasi 60,000


JAKARTA: Indonesia melaporkan 1,301 kes baru Covid-19 dalam masa 24 jam lalu, menjadikan jumlah lebih 60,000 kes di negara itu, menurut data kementerian kesihatan pada Jumaat (3 Julai), dengan jangkitan melonjak di bandar-bandar besar termasuk ibu kota Jakarta, provinsi Jatim dan lain-lain.

Indonesia mempunyai penularan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara dalam bilangan kes jangkitan positif. Jangkitan dijangka terus meningkat di Indonesia selepas beberapa hari berturut-turut mencatatkan lebih 1,000 kes baru.

Selain itu, Indonesia juga merupakan negara dengan kes kematian tertinggi di Asia Tenggara. Hari ini, angka kematian di negara itu melepasi 3,000 selepas mencatatkan lebih 40 kes kematian baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 3,036 kes.