📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

COVID-19: Pusat kuarantin di MAEPS Serdang ditutup

SERDANG: Setelah tiga bulan beroperasi, pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah di MAEPS Serdang akhirnya ditutup selepas 1 orang pesakit terakhir telah discaj dan dibenarkan pulang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah hadir untuk merasmikan penutupan pusat kuarantin itu sempenan penamatan operasinya pagi tadi.

Pusat kuarantin tersebut mula dibuka pada 25 Mac lalu, di mana dapat menempatkan 600 katil iaitu 400 pesakit lelaki dan 200 pesakit wanita.

Menariknya, pusat kuarantin ini hanya disiapkan dalam tempoh 3 hari sahaja, pencapaian yang amat membanggakan berbanding negara lain yang mengambil masa seminggu untuk menyiapkan pusat rawatan yang sama.

Operasi pusat kuarantin ini bermula dengan menerima 3 orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur. Pada 6 Jun, pusat ini menerima bilangan pesakit paling tinggi iaitu seramai 687 pesakit memandangkan pada ketika itu, berlakunya peningkatan kes daripada warga asing.

Turut hadir sama ialah Datuk Dr Norhizan Ismail, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dan Dato' Indera Dr Sha’ari Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

-- SUARA KINI