WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa berkata beliau "semakin marah pada China" atas penularan wabak Covid-19, ketika para pegawai kesihatan Amerika memberi amaran sehingga mereka mengakui bahawa mereka tidak dapat mengawal pandemik itu.
"Melihat pandemik ini merebak di serata dunia termasuk kemusnahan besar dialami di AS, saya semakin marah terhadap China", menurut ciapan tweet Trump.
Pandemik global itu, di mana Trump menyalahkan China, telah meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara itu atas perang perdagangan yang sedang terjadi.
Di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 AS, terutama di selatan dan barat, pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci berkata kepada Kongres pada Selasa, bahawa semua tindakan "menuju ke arah yang salah," dan bahawa "jelas keadaan tidak sepenuhnya terkawal sekarang."
Beliau juga memberi amaran bahawa kes boleh meningkat dua kali ganda hingga 100,000 setiap hari jika pihak berkuasa dan masyarakat gagal mengambil langkah-langkah untuk mengekang pandemik tersebut.
China telah menuduh pentadbiran Trump yang mempolitikkan pandemik itu bagi mengalihkan pandangan daripada kegagalan mereka mengendalikan krisis itu, dengan AS mencatatkan jumlah kematian tertinggi di dunia.