PUTRAJAYA: Harga minyak akan menyaksikan sedikit penurunan, menurut kementerian kewangan.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 4 sen kepada RM1.65 dan RM1.95 seliter.
Penurunan sama turut dialami harga runcit diesel yang turun sebanyak 2 sen seliter kepada RM1.84.
Harga ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 10 Julai.
Kementerian berkata penurunan harga disebabkan oleh perubahan harga halus produk, sejajar dengan harga minyak mentah global.
"Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang tepat untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dijaga," katanya.