📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Kit Siang masuk hospital, alami demam dan selesema


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, dimasukkan ke hospital hari ini untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami demam dan selesema.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Lim Guan Eng melalui catatan Twitter tengah hari tadi.

Guan Eng berkata bahawa bapanya itu mengalami demam selesema dan telah disahkan negatif Covid-19.

Guan Eng juga mengucapkan terima kasih atas ucapan orang ramai yang mendoakan agar bapanya cepat sembuh dan kembali pulih.