📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Maximus Ongkili masuk hospital kerana penat melampau


KOTA KINABALU: Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana penat melampau,

Difahamkan bahawa Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu telah merancang untuk terbang kembali ke ibu negeri ketika beliau berasa tidak sihat semalam.

"Jadi beliau pergi ke hospital untuk pemeriksaan biasa tetapi tekanan darahnya sangat tinggi. Oleh itu, beliau disarankan untuk berehat," kata setiausaha akhbar Ongkili, Sandra Sokial.

"Dengan sidang Parlimen semakin hampir, beliau mungkin letih akibat mesyuarat yang berterusan dan sepatutnya pergi ke mesyuarat lain sebelum menaiki penerbangannya.

"Beliau diawasi dengan ketat tetapi beliau baik-baik saja. Sebenarnya, beliau bersemangat dan tidak sabar untuk kembali bekerja," tambahnya.