📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Mersing kita ambil balik, kata Najib selepas menteri Bersatu kritik UMNO


KUALA LUMPUR: Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengkritik ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pernah menyertai UMNO kerana mendakwa UMNO sudah tidak laku di negeri Sabah.

“Biarpun dah lompat, tiada keperluan cakap begini YB Menteri,” katanya, merujuk Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, yang menyertai PPBM ketika parti itu masih lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Mersing kita ambil balik,” kata Najib dalam siaran Facebook beliau.

Latiff, yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata demikian dalam satu forum, di mana video beliau berucap tular menunjukkan kritikan beliau terhadap pemimpin UMNO.

"Saya adalah orang yang melompat. Teruk juga saya kena kutuk.

“Orang Sabah, dia tak panggil lompat, dia kata hijrah. Biasa. Daripada Berjaya. USNO pergi PBS, PBS pergi Berjaya, PBS pergi UMNO,” katanya.

"Sekarang ni UMNO dah tak laku. UMNO, parti di Sabahlah. Itu realiti kerana [rakyat] dah tak yakin. Semua orang, dia dah lompat, dia hijrah, ke Bersatu atau dia berhijrah ke WARISAN."

Susulan itu, Latiff telah memohon maaf atas kenyataan beliau itu, mengatakan ianya kerana salah faham.