KLANG:
Penyertaan semula Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam UMNO bakal menerima sokongan ramai
pemimpin parti itu, selain jaminan Ahli Parlimen Pagoh itu boleh terus
menerajui negara sebagai Perdana Menteri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata
seandainya berlaku, ia dibarat pepatah ‘bagai sirih pulang ke gagang’.
“Kalau kena masuk kembali UMNO, terpulang kepada ahli UMNO menentukan
kepimpinan seseorang. You don’t have to worry
(Anda tak perlu risau). Jangan takut.
“Masuk saja dulu. Tapi, masuk Tan Sri Muhyiddin, kita dah jamin. Kita
sokong. Lepas dia, kita tengok mana yang sesuai, kita sokong yang itu pula.
“Jadi, untuk kestabilan politik, saya ingat elok kalau dia [Muhyiddin]
menyertai UMNO, terus memimpin negara. Dia dapat bentuk kerajaan dia,” kata
Tajuddin.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas membuat lawatan ke
fasiliti syarikat tempatan yang bertanggungjawab membekalkan set tren LRT
kepada Prasarana, Hartasuma.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz
menjelaskan Muhyiddin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti
terbesar orang Melayu itu.
-- SUARA KINI