BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mengesahkan beliau telah disahkan positif COVID-19 di secara langsung di televisyen.
"Keputusan menunjukkan ia positif," kata Bolsonaro kepada wartawan di luar kediaman rasminya, pada Selasa.
"Tidak ada alasan untuk takut. Itulah kehidupan.
"Hidup masih diteruskan. Saya bersyukur kepada Tuhan atas kehidupan saya dan peranan yang saya berikan untuk menentukan masa depan negara besar ini yang bernama Brazil," jelas Bolsonaro.
Setelah mengumumkannya, Bolsonaro kemudian berundur dari wartawan, menanggalkan topengnya dan berkata: "Lihat saja wajah saya. Saya baik-baik saja, terima kasih Tuhan...terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya...dan kepada mereka yang mengkritik saya, tidak ada masalah, teruskan mengkritik seberapa banyak yang anda suka."
Bolsonaro sering menerima kritikan hebat daripada komuniti perubatan dan pihak pembangkang kerana meremehkan pandemik COVID-19 di negaranya.
Terdahulu, Bolsonaro pernah mengambil ujian saringan sebanyak tiga kali pada bulan Mei dan disahkan negatif. Ketiga-tiga ujian tersebut dijalankan antara 12 Mac dan 17 Mac setelah Bolsonaro kembali dari pertemuan dua hala dengan Presiden AS, Donald Trump di Florida.
Brazil berada di kedudukan kedua dunia setelah Amerika Syarikat dalam jumlah kes positif dan kematian Covid-19. Lebih daripada 66,000 orang telah maut akibat Covid-19 di Brazil, menurut angka yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan negara itu pada Isnin, dan lebih 1,670,000 kes telah dicatatkan.