📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Sifar kes Covid-19: Satu sasaran atau sekadar hajat


KUALA LUMPUR: Akhir bulan lalu, kita diberi gambaran bahawa pada pertengahan bulan ini, Malaysia akan mencatat sifar kes positif Covid-19 harian.

Ramalan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia tetap mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan nasihat mengenai penjarakan sosial, untuk mencuci tangan dengan kerap, menjaga kebersihan diri dan memakai topeng muka.

Bolehkah ramalan itu dicapai, atau akan terhalang oleh tindakan kita sendiri kerana telah mendapat lebih banyak kebebasan untuk terlibat dalam sektor ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)?

Atau bolehkah kita sekarang kibarkan bendera kemenangan memandangkan jumlah kes semakin berkurang ke angka satu digit akhir-akhir ini dan tanpa kematian dicatatkan selama 22 hari berturut-turut sejak 15 Jun?

Bolehkah kita juga menarik nafas lega dengan kluster perhimpunan Masjid Seri Petaling, salah satu kluster terbesar dan paling ditakuti, yang hanya tinggal satu kes aktif Covid-19 hari ini?

Seperti yang dikatakan oleh Dr Noor Hisham, pengawasan dan pemantauan kluster tersebut dapat berakhir dalam satu atau dua minggu, memberi berita baik kepada negara ini.

Sekiranya semua ini diambil kira, tidak mustahil negara dapat mencapai sifar kes COVID-19 harian pada pertengahan bulan ini. Tanya diri anda!