📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

YouTuber Pavithra tergamam bertemu PM buat kali pertama

PUTRAJAYA: "Pavithra, tak masak ke?"

Mungkin ia kedengaran seperti sapaan biasa tetapi ia datang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kata itu cukup untuk membuat seorang YouTuber yang terkenal, Sugu Pavithra menjadi gugup dan tergamam.

"Tadi beliau juga tanya saya, saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya...," kata suri rumah berusia 28 tahun itu kepada pemberita setelah menghadiri majlis pelancaran ulang tahun ke-50 Rukun Negara di Putrajaya hari ini.

Ini adalah pertemuan kali pertama Pavithra dengan Perdana Menteri, yang sebelumnya memberikan hadiah kepada beliau dan suaminya M Sugu sebuah tripod kamera, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi dan peralatan memasak setelah menonton rancangan memasak mereka yang sangat popular di YouTube.

Pavithra, yang anggun berpakaian sut hijau punjabi dan Sugu, dengan pakaian serba hitam dilihat melafaz Rukun Negara ketika dipimpin oleh Perdana Menteri.

"Rukun Negara adalah landasan untuk memperkuat perpaduan," kata pasangan yang telah menerima undangan khas untuk majlis tersebut.

Kedua-dua mereka yang menjadi popular kerana video memasak mereka di YouTube dan kemampuan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar, bertujuan menanamkan semangat Rukun Negara pada anak-anak mereka.

"Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuab menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka," kata Pavithra.

-- SUARA KINI