📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

200 ahli WARISAN keluar parti


SANDAKAN: Kira-kira 200 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan keluar parti serta merta semalam.

Ia menjadi gelombang kedua selepas 600 ahli Warisan Sepanggar yang diketuai Ketua Wirawatinya, Raisa Abdul Ghafur, bertindak serupa Ahad lalu.


Pengumuman keluar parti itu diketuai Ketua Cawangan WARISAN Kampung Terusan Baru, Pulau Timbang, Sandakan, Azman Moong.

Bercakap dalam sidang media, Azman mendakwa tindakan keluar parti dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti Warisan. Selain meninggalkan parti, beliau turut melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti Serta merta.