📣 Beralih ke pengalaman baharu laman web SUARA KINI. Klik di sini

Covid-19: 2 kes baru, 20 pulih, tiada kematian


PUTRAJAYA: 2 kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 20 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 1 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, daripada 2 kes baru hari ini, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.

Manakala itu, 1 kes penularan dalam negara juga melibatkan warganegara Malaysia.

Setakat ini Malaysia merekodkan 8,639 kes Covid-19. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 164 kes dan sudah diasingkan serta diberi rawatan.

KLIK SINI UNTUK SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA